Monday, 28 November 2016

Makan di Black Canyon

Last night, kami makan di Black Canyon... hujan2 nak makan masakan panas. Tapi Zidan bawak ku ke sini. Hmmm.. katanya sedap. Dia selalu makan di Kuantan. #oustationperson

Zidan suka tomyam dia. Dia pilih set C.. Mungkin tak kena dengan citarasa aku semalam. Jadi nasi putih yang sikit tu pon aku share dgn Zidan. Then, siap tak habis lagi...


Masih menunggu satu lagi menu.. 

Lepak Sabtu

Lepas resign di Mahsing Group, dapat kerja di MKH Berhad 2 tahun. dan now di UEM Sunrise hampir setahun setengah. belum jumpa lagi kakak yang bakal menjadi tunangan orang dalam masa 1 bulan lagi. Banyak cerita kongsi. But we all selalu keep in touch via media social.

Lepak di Satay Station di Taman Tasik Titiwangsa sambil hujan renyai2. tak syok sangat nak buat aktiviti luar.

Beberapa gambar diambil. Mungkin lepas ni jumpa dengan status berlainan kah? hehehe...








Friday, 6 May 2016

SJ5000


Angan-angan tahun lepas akhirnya tercapai. Walaupun tak Berjaya memiliki Gopro Hero 4. Bersyukur juga dapat memilik SJCam SJ5000. Berpuas hati dengan gambar yang di ambil.

Kualiti juga hampir sama dgn Gopro. Ibarat Gopro is IPhone dan SJ5000 is Samsung. Gopro agak mahal dan sangat mahal kuttt. Tolak tambah bahagia 2k baru ok. If SJ5000 aku spend Cuma less than 600 utk beli semua accessory termasuk memory card 16GB dan monopod.

Angan-angan bertukar Iphone 6 plus tak kesampaian. Masih sayang Samsung Note 2 biarpun retak. Jatuh ke tanah simen jalan tar ntah ke berapa kali. Tapi tahan… Bila nak beli Iphone je terus ingat ke rumah. Banyak nak kena spend terutamanya lampu kipas dan grill. Terus lupa dan sayang duit… haaha!

Masa membeli ada SJ4000 dan SJ5000 je. Sekarang SJ7000 plak. Huh! Pernah request hantaran Gopro. Over nawww!

Tuesday, 3 May 2016

Family Trip 3D2N to Penang



Sempena cuti Labour Day 2016. Aku dengan family ke Penang. Sejak dari tahun lepas aku plan. If ada rezeki lebih memang nak bawak parent aku bercuti. Aku start cuti pada 28/4 khamis. Gerak bersama Zidan. Kali pertama jumpa parent aku… Ayah aku yang ajak dia ikot sekali.. haha!

Khamis sampai di Ipoh. Bermalam di rumah kakak aku. Pagi jumaat selepas breakfast makan nasi kerabu. Trip ke Penang bermula. Kata saja pagi. Ke hulu ke hilir. Pukul 10 juga bertolak. Sampai di Penang kami menaiki feri. Pukul 12 sampai. Terus makan tengahari.

Berferi bersama. Cuma kami berlima sahaja. Oleh sebab kaklong akan sampai malam ini kerana kakak alya akan menghadiri kem utk spm 2016 nanti.




Sebaik sahaja sampai di pulau. Perancangan makan tengahari di Nasi Kandar Line Clear. Tapi belum buka lagi masa tu sebab waktu rehat solat jumaat. Kami makan di sebelah kedai saja.

Selepas makan kami ke homestay yang kami pilih. Jumpa dengan tuan rumah. Homestay kami di tepi pantai dan bersebelahan Masjid Terapung Tanjung Bungah, Batu Ferringhi. Seronok sangat. Angin sepoi-sepoi bahasa dan agak kurang panas ketika itu.



Orang tua aku nampaknya sangat letih. Biarkan mereka berehat dulu. Aku, kakak dan Zidan terus ke Gurney Plaza. Ada sale kaw-kaw punya. Aku biasa lah akan ke Padini Concept Store dulu. Feveret place… shopping dulu seround. Haha! No pitcha yea. Tak gemar ambik gambar dalam mall.

Malam itu aku ke Nurul Ikan Bakar Special. Orang ramai sangat tapi rasa dan harga. Boleh tahan. Tak mahal tak murah. Ada juga shell out tapi memandangkan perut ni nak makan nasi dgn lauk-lauk. Sangat merekomenkan tau!



Kak long aku mula sampai. Diorang tunggu di Padang Kota Lama. Kami pon bergegas ke sana. Ingin makan bersama. Tetapi memandangkan kak long terlewat sampai oleh sebab jem yang hamat. Kami sudah kelaparan waktu itu. Sampai saja anak-anak tengah bermain di taman. Lepak-lepak minum dan makan pasembur. Aku sudah kenyang. Lepas makan terus balik. 1 pagi juga sampainya.


Pagi sabtu itu, aku dengan Zidan keluar beli breakfast. Roti Canai Transfer Road. Memang ada dalam itenary aku.. beli juga roti bakar telur masak separuh dan nasi lemak. Beli dan tapau makan bersama. Tak sempat kami berdua nak lepak makan di situ sebab biasalah aku. Terhegeh2 lewat. Haha!



Lepas breakfast xtvt kami seterusnya ke Tesco Tanjung Pinang. Beli apa yang patut utk berkelah di tepi Pantai Batu Feringghi. Ayam kak long sudah perap siap dari rumahnya. Cuma kambing tak sempat nak cari. Separuh bahan-bahan kak long sudah bawa dari rumahnya. Periuk belanga semua lengkap.

Lepas balik dari tesco. Kelam kabut memasak. Yang paling best beli kambing 2kg. perap time tu jugak. Rasanya boleh tahan walaupun perap 1 jam. Sedap dan lembut…! Menu kami adalah ayam, kambing black pepper mushroom sauce, siakap air asam, nasi putih, coleslaw, kentang goreng.






Sesi membakar, makan, mandi manda selesai. Terus ke Balik Pulau meronda liku-liku bukit. Singgah beli durian. Kedai pertama rm35 1kg. mak aihh! Kami ke bawah sikit. Boleh la murah dari itu. Dan singgah beli jeruk juga. Sampai rumah hamper 8 malam. Plan ke Mee Udang terpaksa batal oleh sebab semua orang letih, anak-anak kecil nak tidur. Kami pon masak dan makan nasi. Kenyang tu masih.  




Pagi Ahad, bangun pagi ke Bukit Bendera. Cuma aku Zidan kedua orang tua dan adam. Kaklong terpaksa balik awal sebab kakak alya mahu balik dan dia nak singgah di rumah mertuanya di Taiping.




Sampai di Bukit Bendera 8.30 pagi. Aku, adam beratur beli tiket 1 jam. Zidan pegi cari parking. Dapat tiket beratur lagi 1 jam untuk menaiki train. Second time aku naik. Tapi gayat jugak weh!.. Makan dulu yawww!  

Oleh sebab bawak parent, aku sewa buggy. RM 30 sahaja. Bagi tip sikit sebab tolong ambik gambar dan explain tentang asal usul Bukit Bendera. Beli tiket utk bergambar dengan patung animasi spt Shrek, Starwars dll termasuk tengok movie 5D. Pusing-pusing kejap. Hampir 3 jam juga di atas sana. Beratur utk balik tak lama. 10 miinit macam tu. Turun pun gayat weyyy! Opss! Sempat beli gambar kami yang diorang ambik masa mula-mula masuk.















Terus gerak ke Ipoh tetapi sebelum tu singgah di Kedai Jeruk Pak Ali. Kami balik ikut Jambatan Kedua Pulau Pinang.


P/s : Sepenuhnya ikut jalan guna Waze. Banyak masa kat jalan yang jem. Haha!

Friday, 22 April 2016

Wishlist Kabinet Dapur

Sememangnya WISHLIST sewishlist wishlistnya.... Favourite colour utk kicthen. 

Hitam Putih yeay!






Bila hari HOVP

Taip laju-laju... ok, Vp is coming soon on July. Aku saja riki apa yang patot bila time ambil kunci...

Permulaannya sebelum nak stay ke macam mana kan.. Jom layan

1. Lantai
a) Rata
b) Ketuk dan takde bunyi kosong - guna coin @ guli
c) Takde cat menitis
d) Takde rekah
e) Kualiti mesti sama


2. Dinding
a) Sama rata
b) Tidak berongga
c) Takde cat menitis
d) Pemukaan tidak timbul @ lekuk
e) Takde rekahan
f) Tak kotor


3. Siling
a) sama rata
b) Takde kesan cat jari
c) Tidak merekah


4. Pintu & tingkap
a) Bingkai pintu & cat yang rata
b) Jarak bingkai pintu dan dinding
c) Tidak lekuk, merekah dan lain2
d) Tombol pintu test lock dan unlock
e) Buka tutup pintu lancar tanpa keriut
f) Check skru
g) Pancut air dan tidak ada yg bocor pada tingkap
h) Buka tutup semaksimun mungkin
i) Kunci dan pastikan rapat


5. M&E
a) Suis - Pasang lampu kipas dan test
b) Plug - test juga


6. Meter Air
a) Buka semua pili air serentak
b) Tengok meter bila tangki air penuh - takot bocor


7. Bilik air & Dapur
a) Sinki dan lubang tak sumbat
b) Pili air bukak tutup maksimun
c) Pili air tak longgar


8. Tangga
a) Tak goyang
b) Kekemasan Lantai

Kira aku copy dari blog mana ntah. tapi buat ayat sendiri. if ada kurang boleh korang share... xoxo!


Monday, 18 January 2016

Curi gambar rumah


Alhamdulillah. 
20x75 : Freehold
Gated & Guarded
3km to Lekas Highway
Low Density
Amenities - from 1-2km to Tesco, Mini Market, McDonalds,  Kfc, Pizza Hut, Honda Service Center,  Banks, Restaurants,  School & College and etc. 
Car porch,  wet & dry kitchen.
VP targeted in July 2016







hhhh

hhhh