Friday, 27 July 2012

Kebaikan Asam Gelugur @ Asam Keping

Jom! petang ni aku nak tunjuk kan kat korang salah satu bahan makanan yang kita selalu guna, kadang2 atau pun langsung tak pernah guna untuk memasak..! ini lah asam gelugur atau asam keping namanya. ini yang telah dikeringkan dan sedia untuk digunakan. kat semua negeri pon ada pokok nih.. biasanya kat kebun la kot kan. haha! rasanya pokok ini belum lagi dikomersialkan secara besar-besaran kot... 

Jom kita berkenalan dgn buah ni dulu... daunnya macam daun pokok manggis gitu... masam2 manis.. kalo  korang pernah try makan mentah pucuknya.. sedap jugak! heheeeee..  kalo yg terasa mulutnya pahit dan nak makan asam. untuk family aku, daun tu boleh di masukkan dalam masakan asam pedas.. tak kirala asam pedas ikan talapia ke, ikan pari ke... semua boleh.. janji asam pedas... sedapnyaaa....!!! kat bandar memang susah nak jumpa.. pokok pun memang tak de.

disebabkan dia masam dan mengandungi asid  daunnya jugak mengandungi serat... menurut sumber bacaan aku ler... Dengan memakan daun, bunga atau buah asam gelugur dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung. Buah, bunga dan pucuknya boleh bertindak sebagai antioksidan dan awet muda. hah??? awet muda... suka suka suka...!!! dengar awet muda je terus suka.. hahahah!

buah dia boleh cecah sebesar buah epal gitu, hik2.. yang masih muda kaler kehijau-hijauan... dan yang betul masak warna kuning oren gitu... pastu yg buah matang tu bukan main keras lagi nak potong bagi nipis2.. jangan nipis sangat, dan jangan tebal sangat nanti susah nak kering dan akan jadi berkulat... hahaha! masa kat kampung dulu, aku tolong je mak aku.. pastu boleh dapat upah.. sekarang ni pon ada lagi kot mak aku buat kalo musim dia... pastu pisau korang tu akan meleleh dgn getahnya... ooo.. boleh kecut jari jemari tau buat benda tu bila berbesen-besen.. masam kan?


Lepas potong2 tuh, opppss... bijik tu buang dulu erk.. nanti rasa pahit...! tak sedap.. pastu korang boleh rendamkan dia dalam air garam seketika.. untuk elak naik kulat yg kaler putih tu.. bentangkan tikar ke, plastik ke.. sedia untuk jemur di bawah matahari terik. ambik masa jugak lah  3 4 hari unutk kering betul2...kalo tak, naik kulat... hahaha! betul okey. haaa... kena jaga2 sikit, kang turun hujan....!! sapa susah...

Selain itu, asam gelugur ni juga sememangnya dimasukkan makanan untuk menyedapkan makanan dan sebagai penambah perasa kemasamannya lah. nak masak asam pedas ke... kari ke.. yang melibatkan asam keping nih.. tapi kat sini kalo tak de, diorang pakai asam kandis je... huh! bukan itu sahaja... boleh rendam dgn ikan atau ayam untuk nak hilangkan hanyir die tuh, pastu korang boleh jugak goreng bersama ayam goreng untuk elak ayam tu melekat2 kat kuali...



yang ni aku copy :
Buah asam gelugur yang telah siap diproses sering dijadikan bahan perisa dalam masakan melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging. Asam gelugur ini mempunyai rasa yang sangat masam.
Asam gelugor kering digelar asam keping digunakan kebanyakannya untuk bahan masakan sebagai penambah rasa kemasaman dalam masakan. Antara masakan popular perlukan asam keping seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain. Asam keping ini mengandungi bahan asid hidrositrik boleh menggantikan asam jawa. Pada masa ini ada yang menggunakan asam gelugur untuk jus minuman dan membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai antioksidan yang baik.
Pucuk muda yang mentah atau dicelur dibuat makanan bersama dengan budu, cencaluk, sambal belacan atau lain-lain pencecah ketika makan nasi. Buah muda asam gelugur boleh dibuat campuran dalam sambal belacan. Pucuk mudanya boleh dijadikan ramuan dalam nasi ulam dan nasi kerabu. Daun muda dan bunganya juga boleh dimasukkan ke dalam masakan asam pedas dan masak lemak cili api

oleh sumber Wikipedia..!



Asam keping nih jauhnya datangnya dari rumah mak aku yg jauh nun si sana.. sedih,  tak dapat berbuka sama... sobsobsosb.. tak sabar balik raya...! 

1 comment:

Ena's Palace said...

salam...
wah...gud info...sebelum ni tak pernah tahu asal usul asam keping ni. saya biasa guna asam keping ni bila wat masak lemak...sebagai penambah perasa...

hhhh

hhhh