Wednesday, 11 July 2012

Buah Plum

malam ni aku nak cerita sikit pasal buah plum nih. ni buah plum hitam tau.. dulu, aku tak suka makan buah nih... sekarang aku dah jatuh cinta!!! masam2 manis.. harganya pon boleh tahan gak.. boleh cecah rm1.00 untuk 1 biji. Adelah sebesar bola golf tuh..  okey, baik juga untuk ibu mengandung... sekian!



Pokok plum ialah pokok berbuah pepauh dalam genus Prunus, subgenus Prunus. Subgenus ini dibezakan daripada subgenus lain (peach, ceri, dsb.) kerana pucuknya ada tunas terminal dan tunas sisinya tidakberkelompok, bunga-bunganya dikelompok 1-5 kuntum bersama pada batang pendek, dan buahnya beralur.
Buah plum mengandungi khasiat yang tinggi. Buah ini mengandungi sejenis bahan yang dikenal pasti sebagai diphenylisation yang bertindak sebagai julap. Bahan ini bukan sahaja mencuci perut, malahan juga mengatasi masalah sembelit. Di samping itu, ia juga sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kolesterol kerana diphenylisation yang membantu menurunkan paras serum dalam darah. Buah ini mengandungi serat ,iaitu salah satu daripada zat-zat makanan penting yang diperlukan dalam pemakanan harian untuk menjaga kesihatan.
Buah ini juga merupakan penawar bagi mengubati penyakit gastritis akibat inflamasi pada lapisan mukus dalam perut akibat pengambilan terlalu banyak makanan berempah, arak dan ubat-ubat aspirin.



Bebas garam dan kolesterol

Buah plum tinggi karbohidrat, rendah lemak dan rendah kalori. Plum juga merupakan sumber terbaik vitamin A, kalsium, magnesium, besi, kalium dan serat. Plum juga bebas sodium (garam) dan kolesterol.

Buah plum tinggi kandungan gula, namun bagitu, buahnya tidak mempunyai kanji. Maka disebabkan itulah buahnya tidak akan menjadi manis selepas dipetik, tetapi enzim pektin akan melarutkan sesetengah pektin sekaligus menyebabkannya menjadi lembut. Tindakan ini boleh ditangguhkan jika buah disejukkan. Pektin adalah sejenis gelatin yang terdapat pada buah-buahan.

Seperti semua buah, plum juga mengandungi sejumlah besar vitamin C. Buah plum boleh dimakan secara segar, setelah dikeringkan, dijadikan jeruk, dijadikan jem mahupun dijadikan je
li. Buah plum akan bertukar menjadi buah prun setelah dikeringkan dengan cara meninggalkannya di atas pokok untuk kering secara semulajadi atau dikeringkannya di dalam ketuhar dalam suhu rendah.


Banyak khasiat dari segi kesihatan dan perubatan yang mampu diberikan oleh buah plum. Buah plum dikatakan mampu merangsang pergerakan usus. Kulit buah plum mengandungi sejenis bahan yang bertanggungjawab untuk kesan tersebut. Jika anda memakan buah plum, lebih baik tidak membuang kulitnya kerana dengan cara ini, khasiatnya tidak terjejas.

Kurangkan berat badan

Memakan buah plum juga dikatakan mampu meningkatkan pengambilan khasiat buat tubuh, mengurangkan berat badan serta mengurangkan risiko peningkatan tekanan darah. Beberapa kajian yang dilakukan terhadap prun kering mendapat sejumlah kandungan polifenol yang tinggi dikatakan boleh mengembalikan jisim dan struktur tulang. Prun juga dikatakan sumber terbaik boron, yang dipercayai memainkan peranan dalam mencegah osteoporosis.

Buah plum dan prun juga merupakan laksatif yang efektid. Tindakan laksatif atau penjulap ini boleh diterangkan dengan kandungan sorbitol tinggi yang terdapat dalam buah ini.

Walaupun buah plum mempunyai khasiat yang boleh diambil untuk tujuan perubatan, namun begitu pengambilannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Plum dan prun dikatakan mengandungi sejumlah oksalat yang sederhana. Individu yang mempunyai sejarah batu buah pinggang mengandungi oksalat perlu menghadkan pengambilan buah plum dan prun.


Sumber : Ikhlas dari Google.. hehehe!

No comments:

hhhh

hhhh