Thursday, 19 July 2012

Asal Bantal Kekabu

Pada zaman dahulu kala... muahaha!!! okey, serius...! pada zaman dulu2, nenek moyang kita memang pakai bantal kekabu je.. mak kita. termasuk lah kita sekarang nih! tak semuanya lah... best sangat. kalo dok kampung, aku sempat lagi pegi ambik buah kekabu yg dah tua dan cukup matang kapasnya kt rumah jiran. kumpul2 boleh la satu dua guni... kopek kan nya.. pastu masukkan dalam besen besar.. ambik satu kayu buluh yg dibuat sendiri.. lebih kurang kayu bercabang gitu.. pusing2 kekabu yg sedia ada dalam besen tadi utntuk mengasingkan kekabu dari bijinya..

bukan itu sahaja, untuk membuatkan isi kekabu tersebut menjadi sebati.. betul ker ayat aku??? okey, fine. dan tiada gumpalan isi2 kekabu itu.. juga, bila manjadi bantal.. tak de lah seketul situ, seketul sini. hikhikhik. kalo orang yg ada asthma macam aku nih.. memang tak digalakkan.. sebab tak pasal2 boleh sesak nafas. berpenyakit betul.. huh! itu lah kisah silam di masa saya pada zaman kecik2.. seronok kan???

juga, korang jangan dok percaya kalo ada kat tepi jalan tuh, yang cakap bantal kekabu murah... tipu!!! aku dah pernah terkena kot! hmmm... semua campur je banyak...

last2 sekali bantal kat IKEA ( sila klik )  jugak aku serbu... minggu lepas beli lagi 2 bijik. nyaman terasa...!!! muehehehe.. next entry yea.. korang kalo nak shopping for decoration rumah dan sebagainya... serba mak nenek ada nun di sana.. kat sana boleh menjadi dunia fantasi korang... bak kata encik BF, semua furniture rumah dia from the IKEA.. .....okey, fine. duit awak, bukan duit saya. termasuklah future MIL, suka shopping kat IKEA... aku mengikot je..sebab belum lagi berumah dan bertangga kami berdua.. juga aku boleh tumpang cilok mencilok. muahahaha!!!

p/s : jom baca sikit pasal info kekabu... dan gambarnya sekali semuanya ikhlas daripada pakcik Google.. for sure ada yg tak kenal makhluk kat bawah ni kan??? sekadar andaian saya. wink3.!

Pokok Kekabu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Mexico, Amerika Tengah, Caribbean, utara Amerika Selatan, dan (sebagai C. pentandra jenis guineensis) barat Afrika serta Asia Tenggara. Nama botaninya Ceiba pentandra.

Pokok Kekabu tergolong dalam famili Bombacaceae. Ia memiliki daun yang jarang dan dahan mendatar bertingkat pada sudut mendatar. Pokok Kekabu malar hijau ini memiliki batang kelabu pucat berduri banyak ditanam dikalangan penduduk kampung Melayu (Allen 1971).[1]



Kegunaan

Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa.
Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.

Tetapi generasi masa kini lebih selesa menggunakan bantal atau tilam kapas kerana mudah dibeli. Pada masa kini, kekabu tidak digunakan dalam industri kerana masaalah kekurangan bekalan Kekabu yang banyak dan murah dan berpanjangan. Ini kerana pokok Kekabu tidak ditanam di ladang-ladang besar yang mampu menjamin bekalan yang berterusan.

Buah Kekabu memiliki kelongsong bujur yang menyerupai buah koko. Kelongsong berkayu itu tumbuh segugus seperti timun kecil (Corner 1988). Pada mulanya ia bewarna hijau dan kemudian bertukar perang dan kehitaman apabila matang. Apabila mencapai tempoh buah kekabu akan pecah kepada lima bahagian dari hujung ke pangkal dan membebaskan biji benihnya yang diselitupi dengan kekabu (Lotschert & Beese 1991).

Gentian lembut bersutra, putih kekuningan merupakan unjuran dari dinding dalam kelonsong berkayu yang turut menyelitupi biji benih dalamnya. Ini berbeza sama sekali dari pokok kapas di mana gentian itu terbentuk daripada penutup luar biji benih (Simpson & Ogorzaly 1988).

Gentian kekabu sepanjang antara 10-35mm, ianya terlalu halus dan licin untuk diputar menjadi benang. Ia juga gebu, kerana diselitupi lilin, menjadikannya bahan penebat yang sesuai. Kandungan fiber terdiri daripada 64 % selulos. Kekabu amat anjal dan sesuai untuk dijadikan bahan pengisi seperti kusyen, bantal, tilam, jaket keselamatan, dan tali pinggang keselamatan (Vaughan 1970).

Biji benih kekabu adalah antara 25-28 % (wt/wt) bagi setiap buah kekabu. Biji benihnya bewarna perang gelap, dan terdapat 118 yang terbenam dalam gentian kekabu. Biji benih kekabu mengandungi kadar minyak mentah yang agak tinggi sekitar 22-25% daripada jumlah berat keseluruhan dan dilaporkan menyamai minyak biji benih kapas yang boleh dimakan. Dengan itu minyak biji benih kekabu boleh dijadikan minyak masak, sama seperti minyak biji benih kapas tetapi sehingga kini tidak diusahakan.

No comments:

hhhh

hhhh