Friday, 27 July 2012

Kebaikan Asam Gelugur @ Asam Keping

Jom! petang ni aku nak tunjuk kan kat korang salah satu bahan makanan yang kita selalu guna, kadang2 atau pun langsung tak pernah guna untuk memasak..! ini lah asam gelugur atau asam keping namanya. ini yang telah dikeringkan dan sedia untuk digunakan. kat semua negeri pon ada pokok nih.. biasanya kat kebun la kot kan. haha! rasanya pokok ini belum lagi dikomersialkan secara besar-besaran kot... 

Jom kita berkenalan dgn buah ni dulu... daunnya macam daun pokok manggis gitu... masam2 manis.. kalo  korang pernah try makan mentah pucuknya.. sedap jugak! heheeeee..  kalo yg terasa mulutnya pahit dan nak makan asam. untuk family aku, daun tu boleh di masukkan dalam masakan asam pedas.. tak kirala asam pedas ikan talapia ke, ikan pari ke... semua boleh.. janji asam pedas... sedapnyaaa....!!! kat bandar memang susah nak jumpa.. pokok pun memang tak de.

disebabkan dia masam dan mengandungi asid  daunnya jugak mengandungi serat... menurut sumber bacaan aku ler... Dengan memakan daun, bunga atau buah asam gelugur dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung. Buah, bunga dan pucuknya boleh bertindak sebagai antioksidan dan awet muda. hah??? awet muda... suka suka suka...!!! dengar awet muda je terus suka.. hahahah!

buah dia boleh cecah sebesar buah epal gitu, hik2.. yang masih muda kaler kehijau-hijauan... dan yang betul masak warna kuning oren gitu... pastu yg buah matang tu bukan main keras lagi nak potong bagi nipis2.. jangan nipis sangat, dan jangan tebal sangat nanti susah nak kering dan akan jadi berkulat... hahaha! masa kat kampung dulu, aku tolong je mak aku.. pastu boleh dapat upah.. sekarang ni pon ada lagi kot mak aku buat kalo musim dia... pastu pisau korang tu akan meleleh dgn getahnya... ooo.. boleh kecut jari jemari tau buat benda tu bila berbesen-besen.. masam kan?


Lepas potong2 tuh, opppss... bijik tu buang dulu erk.. nanti rasa pahit...! tak sedap.. pastu korang boleh rendamkan dia dalam air garam seketika.. untuk elak naik kulat yg kaler putih tu.. bentangkan tikar ke, plastik ke.. sedia untuk jemur di bawah matahari terik. ambik masa jugak lah  3 4 hari unutk kering betul2...kalo tak, naik kulat... hahaha! betul okey. haaa... kena jaga2 sikit, kang turun hujan....!! sapa susah...

Selain itu, asam gelugur ni juga sememangnya dimasukkan makanan untuk menyedapkan makanan dan sebagai penambah perasa kemasamannya lah. nak masak asam pedas ke... kari ke.. yang melibatkan asam keping nih.. tapi kat sini kalo tak de, diorang pakai asam kandis je... huh! bukan itu sahaja... boleh rendam dgn ikan atau ayam untuk nak hilangkan hanyir die tuh, pastu korang boleh jugak goreng bersama ayam goreng untuk elak ayam tu melekat2 kat kuali...



yang ni aku copy :
Buah asam gelugur yang telah siap diproses sering dijadikan bahan perisa dalam masakan melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging. Asam gelugur ini mempunyai rasa yang sangat masam.
Asam gelugor kering digelar asam keping digunakan kebanyakannya untuk bahan masakan sebagai penambah rasa kemasaman dalam masakan. Antara masakan popular perlukan asam keping seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain. Asam keping ini mengandungi bahan asid hidrositrik boleh menggantikan asam jawa. Pada masa ini ada yang menggunakan asam gelugur untuk jus minuman dan membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai antioksidan yang baik.
Pucuk muda yang mentah atau dicelur dibuat makanan bersama dengan budu, cencaluk, sambal belacan atau lain-lain pencecah ketika makan nasi. Buah muda asam gelugur boleh dibuat campuran dalam sambal belacan. Pucuk mudanya boleh dijadikan ramuan dalam nasi ulam dan nasi kerabu. Daun muda dan bunganya juga boleh dimasukkan ke dalam masakan asam pedas dan masak lemak cili api

oleh sumber Wikipedia..!



Asam keping nih jauhnya datangnya dari rumah mak aku yg jauh nun si sana.. sedih,  tak dapat berbuka sama... sobsobsosb.. tak sabar balik raya...! 

Thursday, 19 July 2012

Asal Bantal Kekabu

Pada zaman dahulu kala... muahaha!!! okey, serius...! pada zaman dulu2, nenek moyang kita memang pakai bantal kekabu je.. mak kita. termasuk lah kita sekarang nih! tak semuanya lah... best sangat. kalo dok kampung, aku sempat lagi pegi ambik buah kekabu yg dah tua dan cukup matang kapasnya kt rumah jiran. kumpul2 boleh la satu dua guni... kopek kan nya.. pastu masukkan dalam besen besar.. ambik satu kayu buluh yg dibuat sendiri.. lebih kurang kayu bercabang gitu.. pusing2 kekabu yg sedia ada dalam besen tadi utntuk mengasingkan kekabu dari bijinya..

bukan itu sahaja, untuk membuatkan isi kekabu tersebut menjadi sebati.. betul ker ayat aku??? okey, fine. dan tiada gumpalan isi2 kekabu itu.. juga, bila manjadi bantal.. tak de lah seketul situ, seketul sini. hikhikhik. kalo orang yg ada asthma macam aku nih.. memang tak digalakkan.. sebab tak pasal2 boleh sesak nafas. berpenyakit betul.. huh! itu lah kisah silam di masa saya pada zaman kecik2.. seronok kan???

juga, korang jangan dok percaya kalo ada kat tepi jalan tuh, yang cakap bantal kekabu murah... tipu!!! aku dah pernah terkena kot! hmmm... semua campur je banyak...

last2 sekali bantal kat IKEA ( sila klik )  jugak aku serbu... minggu lepas beli lagi 2 bijik. nyaman terasa...!!! muehehehe.. next entry yea.. korang kalo nak shopping for decoration rumah dan sebagainya... serba mak nenek ada nun di sana.. kat sana boleh menjadi dunia fantasi korang... bak kata encik BF, semua furniture rumah dia from the IKEA.. .....okey, fine. duit awak, bukan duit saya. termasuklah future MIL, suka shopping kat IKEA... aku mengikot je..sebab belum lagi berumah dan bertangga kami berdua.. juga aku boleh tumpang cilok mencilok. muahahaha!!!

p/s : jom baca sikit pasal info kekabu... dan gambarnya sekali semuanya ikhlas daripada pakcik Google.. for sure ada yg tak kenal makhluk kat bawah ni kan??? sekadar andaian saya. wink3.!

Pokok Kekabu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Mexico, Amerika Tengah, Caribbean, utara Amerika Selatan, dan (sebagai C. pentandra jenis guineensis) barat Afrika serta Asia Tenggara. Nama botaninya Ceiba pentandra.

Pokok Kekabu tergolong dalam famili Bombacaceae. Ia memiliki daun yang jarang dan dahan mendatar bertingkat pada sudut mendatar. Pokok Kekabu malar hijau ini memiliki batang kelabu pucat berduri banyak ditanam dikalangan penduduk kampung Melayu (Allen 1971).[1]



Kegunaan

Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa.
Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.

Tetapi generasi masa kini lebih selesa menggunakan bantal atau tilam kapas kerana mudah dibeli. Pada masa kini, kekabu tidak digunakan dalam industri kerana masaalah kekurangan bekalan Kekabu yang banyak dan murah dan berpanjangan. Ini kerana pokok Kekabu tidak ditanam di ladang-ladang besar yang mampu menjamin bekalan yang berterusan.

Buah Kekabu memiliki kelongsong bujur yang menyerupai buah koko. Kelongsong berkayu itu tumbuh segugus seperti timun kecil (Corner 1988). Pada mulanya ia bewarna hijau dan kemudian bertukar perang dan kehitaman apabila matang. Apabila mencapai tempoh buah kekabu akan pecah kepada lima bahagian dari hujung ke pangkal dan membebaskan biji benihnya yang diselitupi dengan kekabu (Lotschert & Beese 1991).

Gentian lembut bersutra, putih kekuningan merupakan unjuran dari dinding dalam kelonsong berkayu yang turut menyelitupi biji benih dalamnya. Ini berbeza sama sekali dari pokok kapas di mana gentian itu terbentuk daripada penutup luar biji benih (Simpson & Ogorzaly 1988).

Gentian kekabu sepanjang antara 10-35mm, ianya terlalu halus dan licin untuk diputar menjadi benang. Ia juga gebu, kerana diselitupi lilin, menjadikannya bahan penebat yang sesuai. Kandungan fiber terdiri daripada 64 % selulos. Kekabu amat anjal dan sesuai untuk dijadikan bahan pengisi seperti kusyen, bantal, tilam, jaket keselamatan, dan tali pinggang keselamatan (Vaughan 1970).

Biji benih kekabu adalah antara 25-28 % (wt/wt) bagi setiap buah kekabu. Biji benihnya bewarna perang gelap, dan terdapat 118 yang terbenam dalam gentian kekabu. Biji benih kekabu mengandungi kadar minyak mentah yang agak tinggi sekitar 22-25% daripada jumlah berat keseluruhan dan dilaporkan menyamai minyak biji benih kapas yang boleh dimakan. Dengan itu minyak biji benih kekabu boleh dijadikan minyak masak, sama seperti minyak biji benih kapas tetapi sehingga kini tidak diusahakan.

Wednesday, 11 July 2012

Buah Plum

malam ni aku nak cerita sikit pasal buah plum nih. ni buah plum hitam tau.. dulu, aku tak suka makan buah nih... sekarang aku dah jatuh cinta!!! masam2 manis.. harganya pon boleh tahan gak.. boleh cecah rm1.00 untuk 1 biji. Adelah sebesar bola golf tuh..  okey, baik juga untuk ibu mengandung... sekian!



Pokok plum ialah pokok berbuah pepauh dalam genus Prunus, subgenus Prunus. Subgenus ini dibezakan daripada subgenus lain (peach, ceri, dsb.) kerana pucuknya ada tunas terminal dan tunas sisinya tidakberkelompok, bunga-bunganya dikelompok 1-5 kuntum bersama pada batang pendek, dan buahnya beralur.
Buah plum mengandungi khasiat yang tinggi. Buah ini mengandungi sejenis bahan yang dikenal pasti sebagai diphenylisation yang bertindak sebagai julap. Bahan ini bukan sahaja mencuci perut, malahan juga mengatasi masalah sembelit. Di samping itu, ia juga sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kolesterol kerana diphenylisation yang membantu menurunkan paras serum dalam darah. Buah ini mengandungi serat ,iaitu salah satu daripada zat-zat makanan penting yang diperlukan dalam pemakanan harian untuk menjaga kesihatan.
Buah ini juga merupakan penawar bagi mengubati penyakit gastritis akibat inflamasi pada lapisan mukus dalam perut akibat pengambilan terlalu banyak makanan berempah, arak dan ubat-ubat aspirin.



Bebas garam dan kolesterol

Buah plum tinggi karbohidrat, rendah lemak dan rendah kalori. Plum juga merupakan sumber terbaik vitamin A, kalsium, magnesium, besi, kalium dan serat. Plum juga bebas sodium (garam) dan kolesterol.

Buah plum tinggi kandungan gula, namun bagitu, buahnya tidak mempunyai kanji. Maka disebabkan itulah buahnya tidak akan menjadi manis selepas dipetik, tetapi enzim pektin akan melarutkan sesetengah pektin sekaligus menyebabkannya menjadi lembut. Tindakan ini boleh ditangguhkan jika buah disejukkan. Pektin adalah sejenis gelatin yang terdapat pada buah-buahan.

Seperti semua buah, plum juga mengandungi sejumlah besar vitamin C. Buah plum boleh dimakan secara segar, setelah dikeringkan, dijadikan jeruk, dijadikan jem mahupun dijadikan je
li. Buah plum akan bertukar menjadi buah prun setelah dikeringkan dengan cara meninggalkannya di atas pokok untuk kering secara semulajadi atau dikeringkannya di dalam ketuhar dalam suhu rendah.


Banyak khasiat dari segi kesihatan dan perubatan yang mampu diberikan oleh buah plum. Buah plum dikatakan mampu merangsang pergerakan usus. Kulit buah plum mengandungi sejenis bahan yang bertanggungjawab untuk kesan tersebut. Jika anda memakan buah plum, lebih baik tidak membuang kulitnya kerana dengan cara ini, khasiatnya tidak terjejas.

Kurangkan berat badan

Memakan buah plum juga dikatakan mampu meningkatkan pengambilan khasiat buat tubuh, mengurangkan berat badan serta mengurangkan risiko peningkatan tekanan darah. Beberapa kajian yang dilakukan terhadap prun kering mendapat sejumlah kandungan polifenol yang tinggi dikatakan boleh mengembalikan jisim dan struktur tulang. Prun juga dikatakan sumber terbaik boron, yang dipercayai memainkan peranan dalam mencegah osteoporosis.

Buah plum dan prun juga merupakan laksatif yang efektid. Tindakan laksatif atau penjulap ini boleh diterangkan dengan kandungan sorbitol tinggi yang terdapat dalam buah ini.

Walaupun buah plum mempunyai khasiat yang boleh diambil untuk tujuan perubatan, namun begitu pengambilannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Plum dan prun dikatakan mengandungi sejumlah oksalat yang sederhana. Individu yang mempunyai sejarah batu buah pinggang mengandungi oksalat perlu menghadkan pengambilan buah plum dan prun.


Sumber : Ikhlas dari Google.. hehehe!

Friday, 6 July 2012

Part 3 : Lost World of Tambun

Salam Jumaat... dan Salam Syaaban!!! yeay nak puasa...!

berepisod pulak entry aku nih.. almaklum laa... beratus2 pcs aku ambik gambar... almost 600 pcs kot.. huh! takpe2, memory card besar.. haha! disebabkan azam aku once aku pakai domain, aku memang kena rajin update blog. ni pun curi2 masa je.. malam tadi tengok movie. tak sempat nk letak water mark..! last2 ngantuk macam tu jugak... so korang layan je pictha2 haku ni..

aku terpaksa buat collage sebab banyak sangat gambar.... tapi lagi lama rasa aku ambik masa nak buat nih.. walaupun tak seberapa... nak upload satu2 tuh memang tak la kan.. nanti aku jugak yg muntah...



memang cuak jugak! muka adam takot giler... hehehe... sambil2 tu aku cakap.. Adam, pegang kuat2 tau!!! baca bismillah semuanya.. tu sebelum gerak la kan.. kih3..


masa dekat nak sampai tu, exceli dia terus naik atas tau. bukan takat situ je.. ada lagi kat atas tu.. pastu dia turun balik. mana boleh brek mengejut macam tu!! giler hape. 2 kali aku naik kat sini. syokkk!


aku upload pic aku je lah yea.. pic kakak tu abaikan la masa naik yg tinggi tadi.  hehe.. lepas main tadi, tenangkan diri dulu... bagi budak2 nih main pulak..! amboi Amni.. suka!!! amacm ala2 sungai la kat sini. berombak.. kadang2 ada bunyi suara gajah.. ala2 zoo gitu. hik3


ni baru aku punya mainan kan... yang tadi tu budak2 punya part.. hahahah!!! aku bukan main gelak lagi.. gelak bukan ape.. aku choose yg first half terowong,  second half open..! dalam terowong tu... remind his again.. ask him pegang kuat2..!! risau jugak aku.. Adam tu baru 5 tahun tapi badan macam 8 tahun.. dalam terowong tu dk baca bismillah... menjerit pulak tu. tergelak aku!


last2 jatuh jugak Adam...! kesian. lucky tak lemas masa tetibe jatuh tu... siap pesan lagi kat kakak alya... get ready utk ambik gambar kami. sebab aku akan turun bila2 masa sahaja. demand betul kan? hahaha! betapa seronoknya Adam Syahir nih...

exceli, part yg nih, aku tak tahu what type of this game.. semuanya ada 4 jenis.. terowong tutup full, fisrt terowong and second part open, fisrt open and second part terowong and last sekali tak de terowong.. open je semua.. gigil gak weh.. jalannya berliku2..!

so korang kena naik kat atas bawak pelampung.. tinggi siot! pilih yg mana suka..!

p/s : last picha tertinggal w.. untuk water mark tu... setiap manusia akan buat kesilapan. muahaha!

bersambung...

Wednesday, 4 July 2012

Daun Bawang

Daun bawang merupakan jenis sayuran dari kelompok bawang yang banyak digunakan dalam masakan. Dalam seni masak Melayu, daun bawang boleh ditemukan misalnya dalam martabak telur, sebagai bahagian dari sup, atau sebagai aksesori tabur seperti pada mee goreng, nasi goreng dan lain2..

Bawang daun (allium sp) telah ditanam sejak berabad-abad yang lalu di China dan Jepang. Ia merupakan tanaman perennial (tahunan) yang dibudidayakan secara annual (semusim) atau biennial (dua musim). Tanaman bawang daun tidak menghasilkan umbi, berdaun bulat panjang, dan berlubang seperti pipa. Struktur bunganya sama dengan bawang merah, dengan warna bunga putih. Bijinya yang masih muda berwarna putih dan setelah tua menjadi hitam.

Ada dua jenis bawang daun, yaitu bawang bakung (allium fistulosum) atau bawang semprong / sibol dan bawang prei (allium porrum) atau leek. Yang pertama memiliki umbi kecil dengan daun bulat, panjang, dan berlubang seperti pipa. Sedang yang kedua tidak memiliki umbi dengan daun panjang, pipih berpelepah panjang, dan liat.

Bawang Daun diketahui banyak mengandung saponin, tanin, dan minyak asiri Dengan kandungannya tersebut, Bawang Daun berkhasiat untuk meredakan perut kembung, batuk, flu, sesak nafas karena flu, diuretik, diaforetik, nyeri sendi dan anti radang; menghilangkan bengkak karena bisul; serta menghilangkan bebas gigitan serangga.

Jom kawan2 baca nasihat2 kat kat bawah ni untuk kegunaan harian...



1. Perut kembung
Cuci sekitar 15 gr bawang daun segar, potong-potong seperlunya. Rebus dengan 2 gelas air selama 15 minit sampai air tinggal 1 gelas. Dinginkan, tapis, lalu diminum.

2. Sesak nafas kerana selsema
Masukkan rajangan daun bawang mentah ke dalam mangkuk besar dan campur dengan air panas. Kemudian hiruplah wapnya. Lakukan hal ini beberapa kali sampai hidung terasa lega.

3. Bengkak dan bisul
Ambil beberapa helai daun bawang, campur dengan sedikit air, ramas-ramas sampai lembut. Tempelkan ramasan itu pada bisul atau bahagian tubuh yang bengkak.





4. Gigitan serangga
Potong daun bawang, gunakan sebagai ubat luar yang ditempelkan pada bahagian tubuh yang disengat lebah, gigitan serangga atau gatal berbintik-bintik merah.

5. Batuk & selsema
Buatlah jus dari 4 helai bawang daun ukuran besar ditambah 1 liter air panas. Tapis, lalu minumlah.

6. Sengal sendi
Seduhlah kulit luar bawang daun yang sudah dibersihkan secukupnya. Buatlah semacam teh hangat yang akan memperbaiki sirkulasi darah, khususnya untuk yang sengal sendi.

p/s : aku memang peminat daun bawang. so, kalo kawan2 aku tak suka daun nih, memang bertuah la aku.. aku angkut semua hirisan daun bawang tu letak dalam pinggan aku. gila kuasa sungguh pempuan nih.

Part 2 : Lost World of Tambun

salam hari rabu..! mood tak seberapa nak baik hari nie... takpe lah.. Allah itu Maha Melihat. Maha Adil... bukan hak aku nak menilai mereka.. siapalah aku di sini. apa2 pun, hidup kita mesti enjoy...! ala... macam cerita Puteri kt tv3 tu... stop! aku pon dah naik muntah nak upload pic2 nih.. tapi utk share kt korang punya pasal.. so tetibe aku merajinkan diri jugak...


okey, lepas main sampan tuh. kami main air pulak. budak2 nie lah.. nak hilangkan gemuruh si Adam & hilangkan kesedihan si Danish sebab nak ikot jugak main sampan! masalahnya si Dansih kecik... tak boleh main!


kakak pun main jugak..! Amni suka sangat dengan air.. merengek kalo main tak bawak dia.. huh! suka tengok budak yg tak takot air nie..  nanti dah besar confident level dia tinggi. lagi2 dgn aktiviti lasak. miss u Amni..!kat kepala alya tu air betul. bersungguh aku masuk dalam air semata-mata nak ambik pic diorang.


ala2 kapal Titanic kan.. hahaha! budak2 nih suka la.. Adam apa lagi? sesuka hati dia je bermain tanpa pedulikan orang lain... aku takot hilang je...!  Danish penakot sikit. asik berkepit dgn mamanya..


tengok!!! aku pon macam terliur je.. hahahaha! kalo naik kang, ada jugak orang yg tiup wisel nanti. kah3


then, berendam kt Hot Spring & Spa nie... signage kat dalam tuh macam tak cantik je.. hehe! tak sempat nak focus betul2 nak ambik gambar pun. dk kalot dengan budak2 nie.. so, aku upload yg masa dah otw balik... area tempat parking la nih..



best giler weh...budak2 nie tak takot pun. tapi tak boleh lepas diorang. aku la jadi mangsanya.. nak relaxs pon tak boleh.. huh! 


excited nak berendam kat tempat air mendidih tuh..!!! seronok!!


tak sempat pon nak pegi kt belakang tu.. nak tengok view ni macam mane... exceli, kolam air panas @ spa ni.. dibuka sehingga tengah malam tau! so, sapa yg balik kerja weekdays tu, boleh la datang ke sini.. tapi aku tak sure,until what time dia bukak.. so, rajin la bukak website dia kan for futher info!


kami just beli air and makanan ringan... banyak lagi kiosk kt sini.. tapi yg ni je aku sempat ambik dan menarik. muahaha! heavy food tuh ada, tapi kt restaurant sebelah sini sikit. tak pegi pon. sebab sebelum datang sini, memang kami dah makan... sebarang makanan tak boleh bawak masuk okey.. 

p/s : gambar nie semua diambil oleh photographer yg tak bertauliah. sekian... ada lagi untuk next entry??? 

Tuesday, 3 July 2012

Part 1 : Lost World of Tambun

Arrgghhh!!! naik juling aku dk hadap lappy ni nak letak watermark kt gambar nih semua. malam tak sempat nak kasi entry. Last Sunday aku pegi Ipoh rumah kak long aku.. memang dekat sangat lorh. dgn Lost World nih. holiday sebelum puasa.. plan nak pegi Genting Highlands.. tapi encik BF sibuk uruskan family dia pindah.. takpe2, saya enjoy sorang2 yea..  yeay! tak boleh update panjang2.. banyak lagi nih! toink toink toink!


on the way.. jom! kasi pistol dulu..


yeay! sampai... kesian Amni.. panas..! rumah kami dekat je.. so, memang pakai pakaian yg memang terus boley mandi... haha!


okey, jom!!! tak sabar!!!


tag kami... kalo hilang kena bayar tau. kt sini boleh topup.. just scan je. so, tak payah bawak duit.. kan basah2 kan. mane ada nak bawak cash nyaa..! kalo ada balance. die refund balik okey. yang kaler purple tu utk kanak2.. Adam & Danish. kaler pink tuh utk adult punya. kami bertiga lah.. budak2 ni dah taknak pakai dah. tapi kena pulangkan balik tau! bukan yg macam tag kaler putih yg kertas tu, yg tu takpe.. die gunting je.. selalunya kt tempat lain, aku ambik buat collection... cth kt Gambang Water Park, A Famosa Theme Park ke.. dll..


Admission fees...tak perlu kot aku nak explain lagi pasal harga tiket nih..! sila faham sendiri..


Danish pon dikira jugak.. sebab danish dah lebih 90cm..! tak banyak beza pon.


baru sampai. malu2 pulak nak main air..! time air berombak... wweehhuuuuu!


giliran mak teh nya plak.. berendam..! muahaha!


dalam pemprosesan menguruskan dagu saya... hewhewhewhewh! saya belum lagi jadi puan oncit. tapi perut dah nampak oncit je.. perut saya nampak oncit tuh sebab terkena air. terus mengembang... lawak jugak!


Apasal muka Adam gitu? ko tak puas hati kat sapa tu dam??? beratur time nak main kuda. bosan aku. hehe!


excited la kan.. mula2 naik... pastu??? tengok!


kalot dk merayap kt dalam nih. pening aku..


aku nak naik nih.. tapi, sapa nak jaga kamera lagi.. nak jaga anak buah aku lagi... Alya pun nak naik gak, tapi tak kesampaian! takpe2, nanti kat Genting yo..! semua nya nakal lorh!


jom naik sampan...! kecut perut siot...! second time aku naik...!! kat Genting dulu, lepas naik menyesal giler.. tapi tak pe dgn encik BF, tapi time ni aku yg bawak budak2 ni.. mana boleh aku yg takot.. aku yg tenangkan Adam tu.. tapi mata dah merah.. nak nangis termasuk aku. muahaha!


memang gigil lutut aku.. adam nak nak nangis..! serius macam jatuh dari bangunan..! okey, aku asik upload gambar korang je kan??? tunggu la aku tempek muka aku plak untuk next eentry.. muah!

hhhh

hhhh