Monday, 18 June 2012

Udang Goreng Kunyit

hobby terbaru dan terlama adalah memasak... sebenarnya memang aku suka memasak. cuma keadaan tak mengizinkan. macam tipu je kan? hehe... bukan hape, aku balik kerja kadang2 dah lewat even opis hour pun. then so tired... apa lagi, makan kat kedai lah penyelesaiannya... udang ni memang feveret aku... aku giler udang... masa dok kampung, kopek udang dgn tangan je... bila dgn boyfriend pon, dia tolong kan... aku tak reti. tapi bila kita kerja dan ada makan2 kat tempat yg macam segan nak pakai tangan kan... so memang terpaksa belajar kopek sendiri.

aku ni jenis makan je... encik bf sudah berapa kali ajarkan. tapi jenis tak ambik kisah si perempuan ini... tapi bila time makan kat hotel ke, restaurant ke. sape nak buatkan??? tentulah diri sendiri. hehe... bila makan buffet tak ambik pun udang dulu2, tak tahu nak kopek kan pakai sudu garpu bagai.. sekarang dah pandai... tahun lepas dah start pandai kopek. muahahaha!!! dan udang lah yg aku akan terkam dulu.. kih3.so sekarang tak perlu susahkan encik bf lagi, tapi bila malas tu ada, suruh jugak..udang kt bawah ni untuk sahur aku... tapi masaknya pada malam lagi, giler hape nak masak pkul 4 pagi... jenis yang tak boleh tinggal sahur macam nie lah.. wajib makan,sebab nanti tenaga tak banyak bila siang hari waktu bekerja. haha!

jom masak udang bersama saya!!!



bahan-bahan :

400g udang segar ( aku pilih size L ) RM22.90 sekilo.. nak makan terpaksa beli even mahal.
1 sudu teh serbuk kunyit ( takde tanah nak tanam kunyit hidup.. hehe )
10 bijik cili ( pedas mengikut citarasa anda ) 
1 bijik bawang holland ( jenis suka makan bawang sebab rasa dia manis )
1 ulas bawang putih ( untuk tambah perasa je ) 
secubit garam ( sesedap rasa ) 
1 sudu besar minyak Sri Murni ( apa2 brand boleh, asalkan minyak masak, bukan minyak keta )

cara-cara : ( 5 - 8 minit ) 

1) basuh udang hingga bersih, potong janggutnya.. sesetengah orang suka potong kepala yg tajam tu kan, aku plak tak suka... macam tak comel je udang tu.

2) gaulkan udang tadi bersama garam dan kunyit.. biarkan seketika.

3) panaskan minyak... sedia untuk menggoreng.

4) gorenglah udang tadi sehingga masak keemasan tetapi masukkan bawang putih yg nie mayang terlebih dahulu, lepas itu masukkan bawang hoollan yg dihiris dan akhir sekali cili yg dipotong... jangan biarkan udang itu overcook... nanti hilanglah ke'fresh'an... haha!

selamat mencuba...!

1 comment:

eintan nurfuzie said...

lapar tau upload pic cmni..hehe

hhhh

hhhh