Thursday, 3 May 2012

Yeay! 18 pcs ----> Introduction

haaallllooo... batang hidung aku nie sakit lagi dong! dengan skin burns lagik, lutut lebamnya... aarrggghhhhhh! tak de pasal cari pasal..! kang dah kena.. takpe-takpe, nanti boleh cerita kat anak-anak hari esok nanti.. wakakakakak! bak kata pakcik kesayangan saya, ayat menggelabah betul. muahaha! kat bawah ni nanti, intro je dulu daripada aku punya kamera kompaxxxs nih! bab air, bab terjun bangunan, bab menangis sebab gayat tuh.. aku tak de soft copy lagikkk! ni je lah aku sempat edit and letak watermark sikit! laalalalalala... hari nie pakcik balik.

maknanya banyak lah kesempatan jugak kan? sampai 18 keping. gambar terbaeekkk punya... kite tunggu yg dalam DSLR nanti, ade sorang bos aku nih... 24 jam dgn DSLR die.. bile tang nak terjun air, balut dgn plastik.. wakakaka! bab dalam air plak, boleh ke tak aku ade tak suka sorang mamat nie kerana dek kepoyoannya melampau2 giler... perangai die tu buat semua pempuan tak suka! kalo yg gedik mungkin suka la kot.. tapi bukan aku. aku baik dgn die pun sebab dia je bawak kamera yg waterproof tuh! wakakakaka! ko pun jahat sama yea saliza... suka ambik kesempatan! muahaha!


sungguh, aku memang perasan muka aku nampak makin chubby!!! ish! ni yg tak berapa nak gemar sangat nih. aku nak badan je chubby sikit! ni asik cekeding je. huh! ghupenya lemak naik ke muka. ni tak boleh jadi nih... eh, baru sampai kt gua seram ni. takkooottt.


aku tau la mamat kat belakang tuh memang tak puas hati dgn aku! waakakaka!


huh! tak cukup tido dong.


si minah cekeding belang and si syma ngok ngek. wakaka!


time ni aku dah seriau semacam... macam kat padang pasir kan? hehehe


welcome tu bbla bla bla... ntah hape2 gaya macam tuh.


okey, dah habis kat gua dgn camera aku... selanjutnya, next post okeh. tunggu la aku merangkak ke hape.. erk? cerita lain pulak. jom! time ni hari yang sama selepas ke gua, kite ke air terjun. ade plak mood ko ye saliza nak ambik gambar semua tu.


nie air terjun bawah sekali.. tempat laluan kami atas jambatan. taken by me.


semua gambar2 pemandangan nie mase naik fourwheel diambik oleh aku juga, sebab tu tak se muka aku. hehe... tu pon nak mention kan>? peliks pempuan nih.


koranmg bayangkan 3000m dari muka bumi kami naik fourwheel. bayangkan! kami geng pempuan kena dk tengah2 antara FW. hemohemohemo.


oooiittt!!! wat pe tu hah??? orang tengah panas, takot lagi naik benda tu.. aku sibuk dk snap pemandangan cantik! cantik sangat! kalo korang tengok ade sesetengah tempat jalan tu, dalamnya setinggi sama dgn pinggang aku... tp FW tu memang hebat... driver die pun hebat juge! kalo dapat sebijik kan, setakat nak pegi Genting Hglands tuh korang boleh tido lena.. wakaka!


sila cakap cantik... hehehe...



adventure giler ah tempat nih! ketaq lutut..


Fikirkanlah kejadian alam yang diciptakan oleh Allah. DijadikanNya malam untuk makluk termasuk manusia berehat dan menjakankan ibadat.

Dijadikan siang untuk manusia bekerja mencari nafkah hidupnya. Bagi binatang pula ada juga jenis yang mencari rezekinya di waktu malam. Dan di zaman sekarang ini pula ada juga manusia yang mencari rezekinya di waktu malam walaupun ianya tak seramai yang mencarinya diwaktu siangnya.



Malam dan siang terjadi hasil peredaran matahari, bulan dan bumi khasnya. Bulan mengelilingi bumi menghasilkan malam yang terang benderang purnama setiap pertengahan bulan.
Peredaran bulan juga berguna untuk manusia sebagai alat pengukur masa, satu pernama bersamaan dengan sebulan kamariah.

Bumi pula beregerak mengelilingi matahari menghasilkan siang dan malam yang saling berganti dan keadaan musim panas, sejuk dan sederhana.
a.



Dalam surah Fussilat ayat 11, Allah berfirman langit dan bumi di peringkat awal dahulu kosong daripada sebarang objek di langit. Yang wujud hanyalah asap. Daripada asap-asap ini lahirlah bintang-bintang serta galaksi disusuli dengan kelahiran sistem suria dan Bumi. Berhubung dengan ini, dalam kitab Al-Asas fi al-Tafsir, As-Syeikh Said Hawa berkata, "Sesungguhnya memang sudah ada satu keyakinan sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan di angkasa raya adalah dalam bentuk gas seperti asap." Pandangan seperti ini dapat diterima sebagai sahih kerana ia begitu hampir dengan maksud perkataan dukhan di dalam Quran.




.




                       Surah AlAn'aam. Ayat 099


Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman. 






    Surah AlAn'aam. Ayat 141.


Dan Dialah ( Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.


sekian, dari saya untuk hari ini.... aarrrgghh.. sakit badan... tapi nak pegi lagi...!

No comments:

hhhh

hhhh