Wednesday, 9 May 2012

Fourwheel Drive & Lata Berembun Waterfalls

tak habis2 lagi kan pasal XPDC nih... almaklumlah ramai sangat photographer dlm hutan sana tuh.
ade lagi pic yg belum kami dapat, seingat kami. wakakaka! sebab aku rasa ade lagi kt diorang. ape2 la yerk! hari ini terasa tersangat lapar dan ditambah pula tido seorang diri malam tadi. takoottt!


tak nak lah cakap banyak sangat yer.. tapi memang best. Bak kata paper Berita Harian hari ni, pasal xtvt lasak macam ni " Belia yg terbabit dlm xtvt lasak memiliki kekuatan mental. fizikal dan mampu mengelak drpd terjebak dgn xtvt yg tidak bermoral"

termasuk jugak berdating. wakakaka!


dasyat giler FW nih. jakun jugak first time tengok! muahaha!


terkulai suda...


iklan Colgate kejap. dan jangan pelik kalo kami pakai life jacket dlm dlm FW nih. kalo korang tak pakai, gamaknya tulang temulang korang akan hancur!! kami kt dlm tuh goyangnya bukan main lagih...! macam naik kuda! tapi bile part tepi gaung, memang cuak lah sambil berdoa semoga kami selamat. hehe!



masuk lagi?


haaa.... ini lah Lata Berembun!!! kt Raub, Pahang.


aku upload pic nie, sebab view dia canteeekk! bukan pasal lelaki tuh. wakakaka! sejuknya tak payah cakap laaa.... but once korang naik atas sekejap and nak turun balik. terasa lagi sejukkk! aku lupe berapa darjah celcius air nih.


jangan cakap air nie cetek. diorang stand kt atas batu tu... tapi yg pandai swimming je boleh pegi situ, bukan hape... pakai life jaket pun risau gak kan?


hehehe! nak rileks je... sejuknya air hanya kami je tahu. wakakaka! biase la dah namanya waterfalls.


aku macam nak lepak je kat sini. tapi tak berani sangat! lagi pun laki dah lepak kat situ. hohohoho! cantik.... yg pakai life jacket tuh, takot terjatuh ler tuh. wakaka!


haaa! nak buat bagi elok macam nie, banyak kali gak ler try and error. pic blur lah, ape lah... telan air tak tau berapa liter dah, pedih mata tak payah cakap ler... hahaha! tapi best.

p/s : kalo diberi peluang, nak join lagi xtvt mcm nie... tapi bukan kat sini. kat tempat lain plak!

Friday, 4 May 2012

Best sangat

seminggu ni memang muntah pasal eXPDC la kan? aku tak penah minum teh tarik ni pagi2 kalo tak terdesak. pagi ni mintak dengan tea lady air milo.. tapi dah habis, nescafe pun. huh! rasa perut aku semacam je... macam orang tua pun ado pun teh ni pagi2... hari ni lunch 2 jam tak tau lagi nak pegi mane... yeay!@&%#%%$#@#!!!&&%.. malam nanti nak shopping kt Jusco, nak buat AEON card sama... aku jarang shopping sana... tapi bile pegi sana and ade JJ card tu. banyak % rupenya... nak bagtau pakcik!


ready utk bertolak...! yaeay! muka macam lapo je... da makan pon! jom bersenang lenang dalam bus.


sang lelaki sibuk mengangkat barang norks! si gadis tengok dgn keadaan rela hati di depan opis. wakaka!


haaa.... baru sampai... 3 jam perjalanan kami. cik cekeding betul lah ko... dan kawan2 aku dah start perasan... muke aku semakin emok2.. muahaha! lesung pipit di sebelah semakin tenggelam! jangan jadi lesung batu sudaaaa... makan banyak tapi keding jugak, normal kan? heeee222

Thursday, 3 May 2012

Yeay! 18 pcs ----> Introduction

haaallllooo... batang hidung aku nie sakit lagi dong! dengan skin burns lagik, lutut lebamnya... aarrggghhhhhh! tak de pasal cari pasal..! kang dah kena.. takpe-takpe, nanti boleh cerita kat anak-anak hari esok nanti.. wakakakakak! bak kata pakcik kesayangan saya, ayat menggelabah betul. muahaha! kat bawah ni nanti, intro je dulu daripada aku punya kamera kompaxxxs nih! bab air, bab terjun bangunan, bab menangis sebab gayat tuh.. aku tak de soft copy lagikkk! ni je lah aku sempat edit and letak watermark sikit! laalalalalala... hari nie pakcik balik.

maknanya banyak lah kesempatan jugak kan? sampai 18 keping. gambar terbaeekkk punya... kite tunggu yg dalam DSLR nanti, ade sorang bos aku nih... 24 jam dgn DSLR die.. bile tang nak terjun air, balut dgn plastik.. wakakaka! bab dalam air plak, boleh ke tak aku ade tak suka sorang mamat nie kerana dek kepoyoannya melampau2 giler... perangai die tu buat semua pempuan tak suka! kalo yg gedik mungkin suka la kot.. tapi bukan aku. aku baik dgn die pun sebab dia je bawak kamera yg waterproof tuh! wakakakaka! ko pun jahat sama yea saliza... suka ambik kesempatan! muahaha!


sungguh, aku memang perasan muka aku nampak makin chubby!!! ish! ni yg tak berapa nak gemar sangat nih. aku nak badan je chubby sikit! ni asik cekeding je. huh! ghupenya lemak naik ke muka. ni tak boleh jadi nih... eh, baru sampai kt gua seram ni. takkooottt.


aku tau la mamat kat belakang tuh memang tak puas hati dgn aku! waakakaka!


huh! tak cukup tido dong.


si minah cekeding belang and si syma ngok ngek. wakaka!


time ni aku dah seriau semacam... macam kat padang pasir kan? hehehe


welcome tu bbla bla bla... ntah hape2 gaya macam tuh.


okey, dah habis kat gua dgn camera aku... selanjutnya, next post okeh. tunggu la aku merangkak ke hape.. erk? cerita lain pulak. jom! time ni hari yang sama selepas ke gua, kite ke air terjun. ade plak mood ko ye saliza nak ambik gambar semua tu.


nie air terjun bawah sekali.. tempat laluan kami atas jambatan. taken by me.


semua gambar2 pemandangan nie mase naik fourwheel diambik oleh aku juga, sebab tu tak se muka aku. hehe... tu pon nak mention kan>? peliks pempuan nih.


koranmg bayangkan 3000m dari muka bumi kami naik fourwheel. bayangkan! kami geng pempuan kena dk tengah2 antara FW. hemohemohemo.


oooiittt!!! wat pe tu hah??? orang tengah panas, takot lagi naik benda tu.. aku sibuk dk snap pemandangan cantik! cantik sangat! kalo korang tengok ade sesetengah tempat jalan tu, dalamnya setinggi sama dgn pinggang aku... tp FW tu memang hebat... driver die pun hebat juge! kalo dapat sebijik kan, setakat nak pegi Genting Hglands tuh korang boleh tido lena.. wakaka!


sila cakap cantik... hehehe...



adventure giler ah tempat nih! ketaq lutut..


Fikirkanlah kejadian alam yang diciptakan oleh Allah. DijadikanNya malam untuk makluk termasuk manusia berehat dan menjakankan ibadat.

Dijadikan siang untuk manusia bekerja mencari nafkah hidupnya. Bagi binatang pula ada juga jenis yang mencari rezekinya di waktu malam. Dan di zaman sekarang ini pula ada juga manusia yang mencari rezekinya di waktu malam walaupun ianya tak seramai yang mencarinya diwaktu siangnya.



Malam dan siang terjadi hasil peredaran matahari, bulan dan bumi khasnya. Bulan mengelilingi bumi menghasilkan malam yang terang benderang purnama setiap pertengahan bulan.
Peredaran bulan juga berguna untuk manusia sebagai alat pengukur masa, satu pernama bersamaan dengan sebulan kamariah.

Bumi pula beregerak mengelilingi matahari menghasilkan siang dan malam yang saling berganti dan keadaan musim panas, sejuk dan sederhana.
a.



Dalam surah Fussilat ayat 11, Allah berfirman langit dan bumi di peringkat awal dahulu kosong daripada sebarang objek di langit. Yang wujud hanyalah asap. Daripada asap-asap ini lahirlah bintang-bintang serta galaksi disusuli dengan kelahiran sistem suria dan Bumi. Berhubung dengan ini, dalam kitab Al-Asas fi al-Tafsir, As-Syeikh Said Hawa berkata, "Sesungguhnya memang sudah ada satu keyakinan sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan di angkasa raya adalah dalam bentuk gas seperti asap." Pandangan seperti ini dapat diterima sebagai sahih kerana ia begitu hampir dengan maksud perkataan dukhan di dalam Quran.




.




                       Surah AlAn'aam. Ayat 099


Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman. 






    Surah AlAn'aam. Ayat 141.


Dan Dialah ( Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.


sekian, dari saya untuk hari ini.... aarrrgghh.. sakit badan... tapi nak pegi lagi...!

hhhh

hhhh