Tuesday, 21 February 2012

Periuk Kera Saya

Kejakunan aku melihat periuk monyet nih July lepas dalam ekpedisi mendaki Gunung Kinabalu. teruja sangat-sangat melihat kejadian alam yg kita tak pernah melihatnya. Subhanallah! dalam kepenatan kami mendaki terubat bila jumpa spesis tersebut. Seronoknya berganda-ganda! serius! cuba lah awak-awak semua pergi ke tempat nih... suasana sejuk! nyaman! angin menderu-deru... burung berkicauan... tersangat!

cuba tengok bentuk muka bumi yg kami lalui, nampak macam tak hebat. tapi sebenarnya sangat hebat. kelihatan pakcik potter tu kelaparan agaknya,, dok makan ala-ala buah strawberry malaysia! masam-masam manis. aku pun tumpang makan sama... sebab kami tak boleh makan berat-berat. kekurangan oksigen akan menyebabkan kami mengantuk.




Pengenalan

Pokok periuk kera yang juga dikenali dengan nama belanga kera biasanya tumbuh liar di kawasan lembab dan terbuka seperti paya. Pokok periuk kera sangat unik kerana mempunyai periuk dengan penutup yang menhalang air hujan memasuki dan bertakung di dalamnya. Bahagian dasar periuk mengandungi pepsin. Bahan kimia ini berfungsi untuk menghadamkan serangga yang terperangkap di dalam periuknya dan menukarkannya kepada nutrien untuk tumbuhan ini. Pokok periuk kera membiak melalui pecahan rumpun.

Antara spesies periuk kera yang terdapat di Malaysia :

a)Nepenthes albormarginata turut dikenali N tomentella Miq yang boleh ditemui di puncak bukit rendah, kawasan terbuka bertanah gambut, kawasan batu kapur, hutan rawa atau kawasan berpasir di Borneo, Sumatera dan Semenanjung Malaysia, mampu tumbuh subur pada ketinggian 1000 meter ke bawah.

Spesies ini memiliki bingkai leher berwarna putih bersama bulu baldu di bawah peristomanya. Serlahan ini tidak dimiliki Periuk Kera lain. Kendinya pula memanjang sehingga 15 cm dengan keunikan teksturnya yang kebalduan. Hijau adalah serlahan warna awal kendinya yang akan berubah menjadi merah, unggu dan berakhir dengan hitam.

Tumbuhan ini ini gemar makan anai-anai. Apa pun, sehingga kini tiada kajian terperinci bagaimana pokok ini bertindak memerangkap anai-anai kecuali hanya menemui beribu-ribu anai- anai memenuhi kendi lamanya. Kacukan spesies ini dikenal pasti jarang ditemui.

b)Nepenthes ampullaria juga dipanggil N ampullaceae Low memang mudah dikenali kerana kendinya berbentuk bujur telur atau lonjong bersama serlahan peristoma yang lebar dan rekahan sempit penutup/tudung kendi yang tidak pernah menutup permukaan mulut kendinya.

Spesies ini hanya ditemui memiliki kendi berwarna hijau dan sebahagian lagi ada adunan warna tompokan coklat dan ungu. Beberapa kendinya boleh ditemui di bahagian bawah dalam satu jambak yang sebahagiannya tertanam atau tertimbus dengan daun kayu reput. Kendi-kendi ini bertunas daripada susunan pucuknya dan mengeluarkan warna kilauan.

Sementara kendi pada bahagian atas boleh ditemui pada celahan daunnya atau cabang sulur paut juga dalam serlahan berjambak. Kendi ini hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat serta jarang ditemui berbanding kendi di permukaan tanah. Pokok ini boleh memanjat pokok lain sehingga 15 meter.

c)Nepenthes bicalcarata boleh dibezakan dengan spesies lain kerana ia satu-satunya pokok Periuk Kera yang memiliki duri dari tudungnya. Duri ini adalah sebahagian daripada peristomanya. Kendinya berukuran 25cm panjang dan 16cm lebar.

Tumbuhan ini boleh ditemui di kawasan sawah bertanah gambut sekitar ketinggian 950 meter dari paras laut dan tumbuh meliar di Sabah, Sarawak dan Brunei. Ia juga sesuai dikacuk dengan hybrid X ampullaria, X gracilis, X mirabilis dan X rafflesiana.

d)Nepenthes edwardsiana pula hanya boleh ditemui di kawasan bukit berlumut yang ketinggian antara 1500 hingga 2700 meter dari paras laut. Kendinya memang cantik dan menarik dengan saiz 50cm panjang dan 15cm lebar.

e)Nepenthes fusca yang memiliki kendi berukuran 20cm panjang dan 4cm lebar juga boleh ditemui di kawasan sama, manakala Nepenthes mirabilis yang mempunyai sehingga 16 nama panggilan lain hidup subur di kawasan basah, hutan terbuka dan tepian paya terbiar.

f)Nepenthes rafflesiana adalah spesies Periuk Kera yang besar. Kendinya boleh membesar sehingga 40cm dengan bulu kemerah-merahan yang lazimnya berselindung disebalik susunan dedaun muda. Kendinya dikatakan sentiasa dilawati semut dan kelihatan seolah-olah bukan pokok insektivor. Bagaimanapun, cecair dalam kendinya sentiasa kelihatan likat untuk memerangkap mangsa. Spesies ini adalah tumbuhan liar yang biasa ditemui di kawasan tanah rendah di Brunei.


awak semua jangan pelik bila saya pakai glove dan sweater ok. sebab kt atas nih memang sejuk. itu pun saya tak tahan dgn kesejukannya!!! sampai je tempat rehat, mesti nak buang air kecik. kami tak boleh lama-lama kat sini, takot hari makin gelap... naya kami. yg paling menyeramkan bila aku seorang perempuan sahaja dalama group itu. semua bos dan staff lain dan seorang potter yg bersama kami... alamak, ayat aku tak official sangat kan? muahaha!


Cara menanam

Tanah sesuai untuk tanaman ini ialah tanah gambut yang dicampur sedikit pasir kasar dan cebisan sabut bagi tujuan mengekalkan kelembapan

Untuk menanamnya harus berhati-hati kerana mudah layu dan mati. Akarnya cukup sensitif

Hanya anak pokok yang tumbuh di sekitar induknya boleh diambil dan dipindahkan menerusi kaedah pemindahan yang cermat termasuk tidak mendedahkannya kepada dedahan cahaya lebih pada peringkat awal pemindahan

Berdasarkan sifat semula jadi yang menjalar dan memerlukan sokongan pokok lain untuk menyerlahkan keunikannya, penggemar seni taman memilih kaedah penanaman menggunakan pasu gantung

Kaedah ini berjaya menyerlahkan kendinya. Kelihatan berjuntai, bergoyang apabila ditiup angin dan sulur pautnya pula bertindak memegang dawai atau tali yang menggantungkan pasu berkenaan

Pokok ini memerlukan pengurusan yang rapi termasuk siraman berjadual sekurang-kurangnya satu kali sehari dan memastikan sistem pemasuan yang bersaliran baik. Teduhan diperlukan supaya dapat mengekalkan kesuburan daun dan kendinya

Semburkan 20 hingga 30 sm dari tanaman terutama kepada keseluruhan pokok, daun dan batang sebanyak satu atau dua kali seminggu sama ada pada waktu pagi atau petang. Hasilnya akan menyerlahkan daun dan kendi periuk kera kelihatan berkilat dan lambat gugur
Keistimewaan

Selain kendi, spesies ini memiliki bingkai leher berwarna putih bersama bulu baldu di bawah peristomanya. Kendinya pula memanjang sehingga 15 sentimeter (sm) dengan keunikan teksturnya yang kebalduan.

Hijau adalah serlahan warna awal kendinya yang akan berubah menjadi merah, unggu dan berakhir dengan hitam.

Ada pokok periuk kera yang ditemui hanya memiliki kendi berwarna hijau dan sebahagian lagi ada adunan warna tompokan coklat dan ungu. Beberapa kendinya boleh ditemui di bahagian bawah dalam satu jambak yang sebahagiannya tertanam atau tertimbus dengan daun kayu reput. Kendi-kendi ini bertunas daripada susunan pucuknya dan mengeluarkan warna kilauan.

Nepenthes fusca yang memiliki kendi berukuran 20 sm panjang dan 4 sm lebar juga boleh ditemui di kawasan sama, manakala Nepenthes mirabilis yang mempunyai sehingga 16 nama panggilan lain hidup subur di kawasan basah, hutan terbuka dan tepian paya terbiar.

Satu lagi spesies periuk kera yang besar ialah Nepenthes rafflesiana. Kendinya boleh membesar sehingga 40 sm dengan bulu kemerah-merahan yang lazimnya berselindung di sebalik susunan dedaun muda.


Kegunaan

Air yang terdapat didalam periuk kera ini dipercayai berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan mata. Akarnya yang diasah pada pasu dan dicampurkan dengan kemenyan putih, dimasak sehingga mendidih, ditapis dan airnya diminum dapat merawat penyakit asma. Seluruh bahagian pokok ini yang dikeringkan dan direbus dapat digunakan sebagai herba lepas bersalin.


dengan perasaan beraninya, aku sanggup kot masuk semak dan sanggup tanggal glove aku semata-mata nak pegang periuk kera nih! hehe! risau jugak kot-kot ada serangga kan? hehe! penim si photographer aku tuh, tapi potter tuh dah pesan awal2 kt kami masa briefing sebelum gerak... nak ambik gambar boleh aje, tapi jangan tak pandang bawah dan sekeliling, tak pasal2 jatuh ke mana-mana... ayat aku memang tak kelakar okey, tapi ayat pakcik potter tu kelakar. semua orang gelak! dan dia siap nyanyi lagu tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi sayang aku apada kamu. itu lah hiburan yg aku ada, walaupun bingit telinga tapi okey jugak. nak on lagu kt hp, kang battery low plak!

p/s : perut kite dah kruk-krek keruk-krek... minta nasi... lambatnya pukul 1 nak lunch niee.. terima kasih atas info.

hhhh

hhhh